Shari-la Island Resort merupakan antara salah satu resort yang terletak di Teluk Aur, Pulau Perhentian Kecil (Perhentian Small Island). Resort ini menawarkan pelbagai pakej seperti pakej percutian dan pakej snorkeling dan harga yang ditawarkan sesuai dengan lokasinya. Bagi yang berbulan madu pula, lokasi dan pemandangan di resort ini amat sesuai bagi yang mencari suasana romantik di Pulau kerana anda disajikan dengan pemandangan indah matahari terbenam hampir setiap hari. Antara kemudahan yang disediakan adalah bilik seminar dan mesyuarat, restoran, 24 jam bekalan elektrik dan banyak lagi. Manakala di dalam setiap bilik disediakan dengan aircond, kipas, TV satelit, hot shower dan lain-lain.
Maksimum 1 bilik per booking. Untuk tempahan melebihi 1 bilik, sila buat booking baharu bagi setiap bilik atau anda boleh mengisi Enquiry Form.