Sari Pacifica Beach Resort & Spa merupakan antara resort yang terletak di Pulau Lang Tengah. Resort bertaraf 5 bintang ini menjadi perhatian para pengunjung yang mencari percutian mewah di pulau. Antara kemudahan yang disediakan di resort ini adalah restoran, kolam renang, sukan menyelam, bilik mesyuarat dan lain-lain lagi. Manakala antara kemudahan yang disediakan di setiap bilik adalah airconditioning, coffee/tea maker, hairdryer, minibar, balkoni dan tab mandi.