Perhentian Island Resort (Resort Pulau Perhentian) merupakan satu-satunya resort yang terletak di Teluk Pauh, Pulau Perhentian Besar (Perhentian Big Island). Resort yang bertaraf 3 bintang ini menyediakan sebanyak 106 bilik kesemuanya. Resort ini menawarkan pelbagai pakej seperti pakej percutian, pakej scuba diving dan pakej snorkeling. Antara kemudahan yang disediakan di resort ini adalah private beach, kolam renang, restoran, seaview BBQ kiosk, kolam renang, sukan pantai dan laut, bilik mesyuarat, bilik karaoke dan tv dan banyak lagi.