Arung Hayat merupakan antara resort ‘budget’ yang terletak di pulau yang kaya dengan hidupan marine iaitu Pulau Mabul. Lokasi resort ini agak menarik kerana berdekatan di kawasan perkampungan bajau dan juga anda dapat melihat pemandangan matahari terbenam hampir di setiap petang.