Pulau Mataking ataupun digelar ‘The Eyes of King’, ianya terletak tidak jauh daripada persisiran pantai semporna dan disitu juga Mataking Reef Resort berada , tersimpan 1001 rahsia keindahan alam laut yang belum diterokai kebanyakan pencinta hidupan marin mahupun penyelam.
Dijanjikann dengan keindahan semula jadi yang bersih , pantai berpasir putih, langit biru , dan pokok kelapa yang bergoyang, atau ! anda boleh juga berenang dan menikmati keindahan bawah air kebiruan yang menakjubkan bagi yang mencintai ciptaan luar biasa pencipta . Terdapat snorkelling dan diving point , tempat penetasan telur penyu bagi yang mahu mencuba menetap di resort ini dan mencari pengalaman percutian baru .