Apa yang menarik di Pulau Tioman? | Pulau Malaysia
Hubungi kami di +603-5521 8558
Hubungi kami di +603-5521 8558

Apa yang menarik di Pulau Tioman?

Mandi di Air Terjun Asah di Kampung Mukut

Dari jeti, perjalanan yang singkat melalui hutan membawa anda kepada salah satu air terjun paling mengagumkan di Pulau Tioman. Kolam air sejuk pergunungan adalah tempat yang hebat untuk menyegarkan selepas berjalan. Di Tioman ada lagi 1 air terjun di Kg. Juara iaitu belakang Kg. Juara dan ada “Rock Fall” di Kg. Paya. Mana yang suka air terjun, jangan lepaskan peluang ini.. Air memang sejuk..Sesuai untuk “Picnic”.

Snorkeling di Pulau Rengis

Ini salah satu destinasi “snorkeling” yang popular di Pulau Tioman. Di sini terkenal dengan “Coral” yang amat cantik sekali. Anda akan jumpa pelbagai jenis “Coral” yang mungkin anda tidak akan jumpa di pulau lain. Disini juga salah satu “Dive Spot” untuk anda yang menggemari aktiviti Diving. Jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu dengan “Coral” yang “Superb” disini. Pulau ini terletak berhadapan dengan Berjaya Tioman Resort. Pastikan anda memilih pakej yang akan “snorkeling” disini. 

Snorkeling di Pulau Tulai (Coral Island)

Macam tak percaya tempat ini di Tioman kan? Pulau ini juga tempat popular untuk aktiviti “Snorkeling” dan “Diving” di Pulau Tioman. Anda boleh bersantai dipersisiran pantai yang memutih dan jangan lupa bawa “camera” anda, kalau tak rugi yang amat sangat.

Pulau Tulai ini berada di utara-timur Pulau Tioman (kampung terdekat – Salang) dan terdapat banyak resort/chalet yang menyediakan pakej snorkeling disini. Jika tiada, anda boleh “request” dengan pihak resort untuk singgah disini. Lokasi ini memang sesuai untuk “picnic” dengan yang tersayang. sure Lentok habis..

Snorkeling di Taman Laut  Pulau Tioman

Pulau Tioman dan pulau-pulau kecil disini telah di zonkan sebagai taman laut demi menjaga ekosistem hidupan laut di sini. di Taman Laut ini adalah salah satu tempat WAJIB untuk aktiviti “Snorkeling”

Taman laut ini berada berdekatan dengan Kg. Tekek dan di Taman Laut ini anda akan di “Serang” orang ikan-ikan yang comel-comel dengan perlbagai warna. Jika tidak percaya, bawalah roti semasa “Snorkeling” anda akan lihat ikan-ikan yang pelbagai spesis akan mengerumuni anda dalam sekelip mata. Jangan lupa bawah “Underwater Camera”, rakamkan memori indah anda disini. Kebanyakan resort yang anda menginap (sekiranya anda mengambil pakej) akan membawa anda untuk “Snorkeling” disini.



Snorkeling di Monkey Bay

Monkey Bay terletak di antara Salang dan Air Batang kampung di utara pulau itu. Dengan hamparan pantai berpasir putih dan air jernih kristal, maka tidak hairanlah bahawa ini adalah salah satu daripada tarikan popular Tioman. 

Latest Tours

Arwana Perhentian Resort - Awarna Perhentian - Arwana Resort and Hotel Perhentian Island - Arwana Resort Pulau Perhentian package

Arwana Perhentian Resort Honeymoon

Danglai Sunset Resort Semporna Sabah

Danglai Resort

Dayang Resort Semporna Sabah

Dayang Resort Semporna

Sea Star Resort Semporna Sabah

Sea Star Resort

Got a Question?

Do not hesitage to give us a call. We are an expert team and we are happy to talk to you.

+603-5521 8558

sales@pulaumalaysia.com

Recent Articles

Tempat Menarik Redang
March 10, 2020
Apa yang menarik di Pulau Perhentian?
March 9, 2020
Kereta Sewa di Pulau Langkawi
March 8, 2020
×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Ada pertanyaan?