Samudra Beach Chalet Perhentian Besar merupakan penginapan berhadapan pantai yang terletak di Teluk Dalam, Perhentian Besar. Resort yang turut dikenali dengan nama Samudera Chalet terletak di lokasi yang tenang dan jauh dari kawasan sesak. Samudera Chalet ini menawarkan bilik asas yang selesa dengan pilihan kipas atau penghawa dingin, serta pakej percutian lengkap termasuk aktiviti snorkeling. Samudera Chalet mempunyai akses terus ke pantai, tetamu boleh berenang atau bersantai hanya beberapa langkah dari bilik.
Samudra Beach Chalet Perhentian Besar sesuai untuk percutian bajet yang ringkas, santai dan penuh dengan pengalaman alam semula jadi.