Sandy Beach Resort adalah salah satu pilihan penginapan jenis budget dan selesa untuk anda. Resort ini menawarkan penginapan di tepi pantai dan seberang jalan dan resort juga menyediakan sarapan pagi untuk semua pengunjung. Sandy Beach resort juga mempunyai fasiliti untuk pakej berkumpulan yang berhasrat untuk mesyuarat, seminar dan bersukan ditepi Pantai Chenang.