Redang Bay Resort, Pulau Redang adalah salah satu chalet yang popular di kalangan pengunjung yang mencari penginapan jenis selesa serta berbaloi dengan harga pakej yang ditawarkan. Redang Bay Resort terletak di Long Beach, Pulau Redang semestinya menjanjikan suasana yang meriah terutamanya apabila hujung minggu dan cuti umum. Resort ini juga mempunyai dewan serbaguna dan bilik mesyuarat dan amat popular dikalangan syarikat yang berhajat untuk melakukan family day.