D’Lagoon Chalet merupakan satu-satunya resort yang terletak di Teluk Kerma, Pulau Perhentian Kecil (Perhentian Small Island). Chalet ini menawarkan pelbagai pakej seperti pakej percutian, pakej snorkeling, pakej scuba diving, pakej berkayak dan lain-lain lagi. Chalet ini sesuai bagi mereka yang mencari pakej yang berpatutan atau bagi mereka yang mencari pakej-pakej aktiviti selain daripada snorkeling dan bagi mereka yang ingin melarikan diri daripada kesibukan kota. Chalet ini juga turut menyajikan panorama yang cantik.